JABATAN PENGURUSAN ICT
DAN MULTIMEDIA
PUSAT PENYELIDIKAN,
PENILAIAN DAN ICT
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
GENTING HIGHLANDS
1. KURSUS KEPIMPINAN
STRATEGIK ICT (KSICT)
Pemimpin
sekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan prasarana ICT yang menjadi
pengupaya kepada proses kerja harian di semua peringkat pengurusan. Kursus
Kepimpinan Strategik ICT bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin sekolah
tentang perancangan, pembangunan dan pengurusan prasarana ICT dengan
menggunakan sumber manusia dan peralatan yang sedia ada. Di samping itu,
peserta akan didedahkan kepada pembangunan ICT yang terperinci dan berfokus.
Objektif
1. Memahami
konsep kepimpinan strategik ICT
2. Memahami
peranan ICT dalam p&p dan pengurusan
3. Memahami
perancangan strategik ICT
4. Membuat
penandaarasan penggunaan ICT dalam p&p dan pengurusan
5. Menilai
semula perancangan strategik ICT
6. Menghasilkan
pelan tindakan pembangunan ICT di sekolah
Kandungan Kursus
1. Pengenalan kepimpinan strategik ICT
2. Pembangunan kapasiti kepimpinan ICT
3. Perancangan strategik ICT
4. Pengurusan perubahan ICT
2. KURSUS ICT UNTUK PEMIMPIN
INSTRUKSIONAL (ICTPI)
Matlamat pembangunan ICT Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan
ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P, meningkatkan penggunaan ICT
dalam pengurusan pendidikan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di
kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM. Prasarana ICT akan menjadi
sumber fizikal yang penting kepada proses kerja harian pada semua peringkat
pengurusan. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan juga akan banyak dipengaruhi
oleh tahap penggunaan prasarana ICT.
Konsep pengurusan pendidikan sebagai pemimpin
instruksional kepada subordinat di organisasi pendidikan telah lama
diperkatakan. Ia merupakan cabaran kepada kaedah pengurusan dalam organisasi
pendidikan bagi mencapai matlamat secekapnya. Program ICT untuk Pemimpin
Instruksional akan menyediakan pengurus pendidikan dengan pengetahuan dan
kemahiran ICT dalam skop yang boleh membantu mereka merancang, melaksana,
memantau dan menilai pencapaian matlamat organisasi
Kandungan Kursus
1. Konsep kepimpinan instruksional dalam konteks
pendidikan di Malaysia
2. ICT sebagai pengupaya dalam kepimpinan
instruksional
3. Pelan penggunaan ICT organisasi
Objektif
1. Memahami konsep pemimpin instruksional
2. Mengenal pasti skop dan fungsi pemimpin
instruksional
3. Berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya
ke arah pengurusan instruksional yang lebih efisien
4. Meningkatkan keberkesanan kepimpinan
instruksional dengan ICT
5. Merangka pelan penggunaan ICT organisasi
3. KURSUS PENGURUSAN
PERKHIDMATAN ICT (PPICT)
Pengurusan
perkhidmatan ICT merupakan asas kepada pengurusan keseluruhan prasarana ICT
sesuatu organisasi. Pengetahuan teknikal dan kemahiran yang sesuai perlu
diperoleh oleh pengurus pendidikan bagi meningkatkan kecekapan membuat
keputusan berkaitan perancangan dan proses organisasi yang melibatkan
penggunaan sumber ICT. Oleh itu, kursus ini akan dapat memberi
pendedahan tentang perkara-perkara kritikal yang berkaitan pengurusan
perkhidmatan ICT.
Objektif
1. Memahami spesifikasi dan fungsi am sistem
pengkomputeran
2. Mengenalpasti keperluan ICT organisasi
3. Memantapkan pengurusan perkhidmatan ICT
organisasi
4. Memahami aspek keselamatan perkhidmatan ICT
organisasi
5. Memahami sistem maklumat, pangkalan data dan
penyelenggaraan data
6. Berkeupayaan membuat keputusan berkaitan ICT
Kandungan Kursus
1. Asas sistem pengkomputeran
2. Pengurusan perkhidmatan ICT organisasi
3. Keselamatan ICT organisasi
4. Lawatan penandaarasan
4. KURSUS PENGURUSAN MULTIMEDIA (PMM)
Pemimpin pendidikan, terutama pemimpin sekolah, perlu mempunyai pengetahuan konsepsual tentang perkembangan ICT yang membolehkan mereka menjadi pemimpin ICT di organisasi masing-masing.
Multimedia merupakan salah satu komponen yang mendorong pertumbuhan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pesat dalam masyarakat abad ke-21. Pemimpin pendidikan perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi baharu yang mengintegrasikan multimedia, termasuk aplikasinya dalam pendidikan agar dapat mengoptimumkan penggunaannya dengan inovatif dan kreatif.
Multimedia merupakan salah satu komponen yang mendorong pertumbuhan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pesat dalam masyarakat abad ke-21. Pemimpin pendidikan perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi baharu yang mengintegrasikan multimedia, termasuk aplikasinya dalam pendidikan agar dapat mengoptimumkan penggunaannya dengan inovatif dan kreatif.
Kursus Pengurusan Multimedia berhasrat mempertingkatkan pengetahuan konsepsual tentang multimedia dan pengurusannya yang sistematik dan cekap. Selain daripada itu, kursus ini akan memberi pendedahan tentang proses pembangunan persembahan multimedia untuk mendalamkan pemahaman tentang potensi multimedia dan seterusnya mencambahkan idea penggunaan multimedia yang kreatif dan inovatif untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan kepimpinan organisasi.
Objektif
1. Memahami konsep multimedia
2. Memahami pengintegrasian elemen multimedia dalam p&p
3. Memahami proses pembangunan persembahan multimedia
4. Merancang pengurusan multimedia
Kandungan Kursus
1. Pengenalan multimedia
2. Multimedia dalam pendidikan
3. Perancangan pembangunan multimediaia
4. Pengurusan multimedia
5. KURSUS PENGURUSAN
PEMBELAJARAN MAYA (PPM)
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif menambahbaik sistem
rangkaian komputer kepada 10,000 buah sekolah melalui projek 1BestariNet mulai
tahun 2012. Fokus utama 1BestariNet
adalah memberikan penyelesaian “End To End”, akses internet yang stabil kepada
semua sekolah, rangkaian WAN dan LAN serta persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment,VLE).
1BestariNet merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pembelajaran dan pengajaran, kolaborasi dan sistem pengurusan dilakukan melalui persekitaran pembelajaran maya. Pembelajaran maya sering dikaitkan dengan konsep seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan laman web.
1BestariNet merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pembelajaran dan pengajaran, kolaborasi dan sistem pengurusan dilakukan melalui persekitaran pembelajaran maya. Pembelajaran maya sering dikaitkan dengan konsep seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan laman web.
Pembelajaran
maya merupakan satu trend pembelajaran abad ke 21 yang menekankan penggunaan
internet untuk menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisma penghantaran
maklumat, pemantauan prestasi pelajar dan capaian kepada sumber PdP yang
segera. Selaras dengan perkembangan itu, KPM telah memutuskan supaya Frog
dilaksanakan di semua sekolah.
Objektif
1. Memahami konsep dan perkembangan pembelajaran maya
2. Memahami gambaran (overview) dan fungsi pembelajaran maya
3. Menguasai kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya
4. Memahami pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya
5. Merancang pelan pelaksanaan pembelajaran maya di sekolah
Kandungan Kursus
1. Konsep dan perkembangan pembelajaran maya
2. Gambaran (overview) dan fungsi teknologi pembelajaran maya
3. Kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya
4. Pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya
No comments:
Post a Comment