Pengenalan
Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 19 Februari 2015 telah meluluskan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) di 100 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) ini merupakan replikasi Sekolah Amanah (dijalankan oleh LeapEd: anak syarikat Yayasan Amanah). Objektif Program Sekolah Transformasi ialah:
1) Mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik Sekolah Amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah
2) Membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstruktur kepada Pembimbing Kepimpinan (PK) dan Pembimbing Pedagogi (PP) serta pemimpin sekolah transformasi. Pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM; dan

3) Menggalakkan dan mengamalkan:
- pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid
- pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan
- pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid, peningkatan capaian dan penggunaan ICT
- pelibatan aktif komuniti setempat
Satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang
aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang
berkualiti/berwawasan,
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang
padu.
Taburan Sekolah Transformasi 2015
Pelaksanaan program ini turut melibatkan Rakan ELIT daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminudin Baki (lAB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang terlibat.