Wednesday, October 21, 2015

Refleksi Latihan Bimbingan Rakan ELIT di Sekolah


Latihan Bimbingan di Sekolah - Rakan ELIT di bawah Program Sekolah Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia - Zon Selatan berlangsung mulai 13 Sept. hingga 30 Okt. 2015. Latihan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bersama-sama pihak sekolah dalam merangka Pelan Intervensi Program Sekolah Transformasi berpandukan Modul 1 dan Modul 2 latihan Rakan ELIT yang telah diadakan pada bulan 17 - 21 Ogos dan 2 - 5 Sept 2015. Bagi tujuan ini, semua rakan ELIT telah dipetakan berdasarkan peranan dan dan berkumpul di tempat latihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Urus Setia Program, iaitu Bahagian Pendidkan Guru (BPG).

Latihan Bimbingan di Sekolah berlaku serentak dengan lawatan Juru Latih daripada LeapEd Services. Latihan bimbingan di setiap sekolah mengambil masa selama dua hari.

Modul 1 Tugasan 1:
  • Mengadakan sesi pembangunan profesional berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) kepada semua staff di sekolah bagi menjelaskan objektif utama Projek PreSTasi; kebaikan Coaching dan Mentoring (C&M); dan gambaran menyeluruh model GROW

Modul 1 Tugasan 2
  • Melaksanakan sesi Coaching dan Mentoring (C&M) berdasarkan model GROW

Modul 2 Tugasan 1
  • Melaksanakan Rondaan Pembelajaran atau Learning Walk (LW).  
  • Kumpul dan analisis data-data LW. Data tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan pelan tindakan penambahbaikan yang seterusnya. Atau, data boleh dibincangkan dalam perjumpaan Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Communities (PLCs) 

Modul 2 Tugasan 2
  • Perkenalkan struktur dan operasi PLCs kepada semua guru
  • Mengadakan mesyuarat PLCs yang produktif
  • Menggunakan data untuk tujuan inkuiri


Latihan bimbingan di SK Seri Duyong, Melaka pada 7 - 8 Okt 2015
Latihan bimbingan di SK Sempang, Merlimau, Melaka pada 12 - 13 Okt 2013

Tempoh dua hari adalah mencukupi untuk Latihan Bimbingan di sekolah yang merangkumi aktiviti seperti berikut:
  1. Semak status pelaksanaan Tugasan 1 dan Tugasan 2
  2. Membuat refleksi pelaksanaan Tugasan 1 dan Tugasan 2 bersama SLT
  3. Bertemu bual dengan guru untuk mendapatkan maklum balas daripada segi kefahaman, keberkesanan dan cadangan penambahbaikan
  4. Berbincang dengan SLT untuk perancangan tindakan yang seterusnya
Selepas latihan dua hari di setiap sekolah, saya mendapat pengalaman yang lengkap tentang pelaksanaan Tugasan 1 dan Tugasan 2 seperti yang digariskan dalam Modul 1 dan Modul 2 latihan Rakan ELIT,

Lawatan Juru Latih LeapEd Services dan Latihan Bimbingan Rakan ELIT KPM di sekolah berlaku pada masa yang sama itu ada baik buruknya. Kebaikannya ialah rakan ELIT dapat belajar daripada Juru Latih LeapEd Services, manakala keburukannya ialah masa untuk berbincang dengan SLT tidak mencukupi.

Melalui pengalaman kali ini, jelaslah bahawa Rakan ELIT KPM perlu ditempatkan di sekolah dengan tempoh masa yang lebih panjang. Kekerapan Rakan ELIT KPM berada di sekolah boleh untuk membantu SLT melaksanakan PreSTasi.

Oleh kerana ini satu program baru, jadi guru-guru akan mengalami proses transisi seperti yang dikatakan oleh Fisher (1999). Cuma masa yang diperlukan untuk berubah itu bergantung kepada masing-masing individu. Dengan itu, semua pihak perlu memainkan peranan dan saling membantu dalam menangani perubahan yang boleh membawa kepada kecemerlangan organisasi.




Biasanya, masalah yang selalu dihadapi oleh pihak sekolah ialah pelaksanaan PLCs yang berkesan. Guru-guru tidak jelas dengan kenapa dan apa yang perlu dilakukan oleh PLCs? Jadi, perbincangan di antara Juru Latih, Rakan ELIT dan SLT di SK Seri Duyong telah memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang pelaksanaan PLCs di sekolah. Kemudian, pemahaman ini diperkukuhkan lagi dengan pengalaman merintiskan Rondaan Pembelajaran di SK Sempang. Yang menarik lagi ialah sesi maklum balas dan perbicangan yang diadakan selepas Rondaan Pembelajaran itu seolah-olah sedang mengadakan perjumpaan atau mesyuarat PLCs.

Secara ringkasnya:
Tentukan sasaran pencapaian sekolah >> Tentukan fokus untuk tujuan penambahbaikan >> Sediakan instrumen untuk rondaan pembelajaran >> Menjalankan Rondaan Pembelajaran >> kumpulkan dan analisis data LW >> Bincangkan dalam perjumpaan PLCs >> Inkuiri penambahbaikan