Friday, September 18, 2015

Latihan Bimbingan di Sekolah Transformasi



Selepas latihan Modul 1 dan 2 pada bulan Ogos 2015, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) melaksanakan latihan bimbingan secara bersemuka bersama-sama Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) di sekolah bermula pada 13 September sehingga 30 Oktober 2015. Rakan ELIT dikehendaki melaksanakan latihan tersebut mengikut Jadual Pemetaan Rakan ELIT, iaitu mengikut tarikh dan sekolah yang telah ditetapkan. Latihan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bersama-sama pihak sekolah dalam merangka Pelan Intervensi Program Sekolah Trasformasi berpandukan Modul 1 dan Modul 2 Latihan Rakan ELIT.

Pada tempoh tersebut, Trainer daripada LeapEd akan melawat ke sekolah untuk melihat status pelaksanaan tugasan 1 dan 2 seperti dalam Modul 1 dan Modul 2. 

Bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan tugasan 1 dan 2, cadangan senarai semak berikut mungkin dapat membantu.


Bil.
Aktiviti
Bukti
Catatan
1.        
Pelaksanaan sesi CPD:
·      Apa itu Program PreSTasi?
·      Overview of Coaching & Mentoring
·      School vision
·      PLCs


·         Bahan / slaid pembentangan CPD
·         Agenda mesyuarat staf / jadual CPD
·         Minit mesyuarat
·         Senarai kehadiran peserta
·         Gambar sesi CPD
·         Bahan promosi - banner/poster/brosur

·         Maklum balas peserta CPD
·         Refleksi sesi CPD

·         Action plan

By 12th Sept 2015
2.        
Coaching & mentoring

GROW in practice
·         Pelan tindakan coaching
·         Senarai coachee
·         Jadual sesi coaching
·         Kad soalan coaching
·         Refleksi coach
·         Refleksi coachee

By 28th Sept 2015
3.        
Kenal pasti pihak yang terlibat (berpengaruh) 

·         Senarai tugas dan tanggungjawab


4.        
Bina instrumen learning walk
·         Instrumen learning walk (boleh guna pakai     instrumen SKPM)


5.        
Pelaksanaan learning walk
·         Jadual learning walk
·         Instrument learning walk
·         Kumpul bukti untuk portfolio PBPPP


By 19th Oct 2015
6.        
Kumpulkan data (e.g. keputusan akademik, markah SKPM, data learning walk, dsb.)
·         Instrument learning walk yang lengkap         dengan data
·         Data learning walk dalam bentuk                 spreadsheet Excel (for at least a month)


7.        
Menubuh PLCs, jika belum ada

Memantapkan PLCs, jika sudat ada


·         Agenda mesyuarat PLCs
·         Minit mesyuarat
·         Senarai kehadiran
·         Gambar PLCs
·         Mesyuarat focus group

By 19th Oct 2015